Tak sabar Bakar Lemak dengan Latihan Merentas Desa SERI & SEMI ABIM Sungai Ramal

Selepas menikmati pelbagai juadah sepanjang Aidilfitri, murid-murid Tahap 2 dan SEMI ABIM Sungai Ramal telah memanfaatkan peluang untuk kembali aktif melalui program Latihan Merentas Desa SERI & SEMI ABIM Sungai Ramal! Laluan menarik dari Taman Ramal Desa hingga ke Jalan Kenanga dan berpatah balik ke Sekolah sepanjang 3km telah menjadi medan untuk menguji stamina dan semangat.
Dengan permulaan pagi bersama sarapan, diikuti sesi senamrobik ceria yang dikendalikan oleh murid terpilih, setiap peserta memulakan perjalanan mereka dengan penuh tenaga. Program ini bukan sahaja meningkatkan kecergasan fizikal tetapi juga membangkitkan semangat kerjasama dan memberikan pengalaman luar biasa kepada semua yang terlibat.
Semua murid kini bersedia untuk Kejohanan Merentas Desa yang bakal berlangsung pada Khamis, 10 April 2025. Ayuh teruskan momentum ini untuk mencapai prestasi terbaik anda. Terima kasih kepada semua yang menjayakan acara ini.